Skip to main content

KESILAPAN KEWANGAN UMUM

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.
  
Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
  i-                Apakah 3 matlamat kewangan anda?
  ii-               Bila jangka masa pencapaiannya?
  iii-              Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?
  
Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?
  
Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.
    
Kesilapan 5 : Perlindungan Insuran yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?
   
Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti  10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?
                                                      
Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?                                       

Popular posts from this blog

WANG SYARIKAT CARA TERBAIK MENGURUSKANNYA

Berniaga adalah salah satu cara untuk kita mendapat pendapatan yang lebih baik daripada bekerja makan gaji. Namun, berniaga tidak semudah yang disangka. Kertas kerja dan perancangan yang lengkap dan direalisasikan mamainkan peranan penting.
Banyak sejarah dan peristiwa menyaksikan beberapa syarikat atau perniagaan bertahan tidak sampai setahun.

10 TABIAT BIJAK MENABUNG

Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini. #1: Berhenti merokok “Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.”
--Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28 Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!
#2: Bawa bekalan ke tempat kerja “Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”
--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36 Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!
#3: Cuci kereta sendiri “Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta…

MENGAPA ANDA PERLUKAN KHIDMAT SEORANG AKAUNTAN?

Satu aspek di dalam menjalankan perniagaan kecil yang tidak ramai memberi perhatian adalah cara mereka berurusan dengan individu profesional seperti bank, peguam, akauntan dan sebagainya. Kebanyakan usahawan tidak memikirkan perkara ini dan tidak melihat apa yang individu professional ini boleh lakukan untuk membantu mereka. Perkara utama yang perlu diingat ialah anda perlu hubungan peribadi dengan individu profesional ini kerana keupayaan mereka secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi kejayaan perniagaan anda. Matlamat anda adalah untuk membangunkan perniagaan secara jangka panjang. Jika anda berbuat demikian, apabila anda mengalami masalah, mereka akan membantu anda dengan khidmat profesional mereka.

Mereka boleh membantu anda membuat keputusan tentang jenis entiti dan struktur pemilikan perniagaaan apa yang perlu anda mulakan ; akauntan  dan peguam akan menasihati  anda mengenai perkara ini.

Akauntan akan membantu anda dari segi sistem perakaunan syarikat anda supaya…