Skip to main content

WANG SYARIKAT CARA TERBAIK MENGURUSKANNYA

Berniaga adalah salah satu cara untuk kita mendapat pendapatan yang lebih baik daripada bekerja makan gaji. Namun, berniaga tidak semudah yang disangka. Kertas kerja dan perancangan yang lengkap dan direalisasikan mamainkan peranan penting.

Banyak sejarah dan peristiwa menyaksikan beberapa syarikat atau perniagaan bertahan tidak sampai setahun.



Masalah utama yang menjadi punca perniagaan itu bankrap atau menuju kehancuran ialah masalah kewangan dan pengurusan. Mengurus wang syarikat tidak sama seperti mengurus wang sendiri.

1> WANG PERIBADI
Setiap daripada kita pastinya memiliki wang sendiri. Contohnya, wang gaji, elaun sbg pengarah dan sebagainya. Masalah kewangan syarikat mula timbul apabila anda tidak pandai menguruskan kewangan peribadi ini. Apabila tidak pandai menguruskan wang peribadi, kerap kali timbul masalah tidak cukup wang untuk menampung perbelanjaan harian, keluarga, anak-anak dan juga hutang-hutang peribadi termasuk hutang kad kredit. Cara paling mudah dengan 'meminjam' wang daripada akaun syarikat. Apabila sudah dimulakan, ia akan menjadi kebiasaan kelak dan lama kelamaan hutang akan semakin bertimbun sedangkan pembayaran langsung tidak dibuat.

2> WANG TUNAI
Perniagaan yang berurusan dengan wang tunai setiap hari seperti kedai runcit, salun, kedai buku, restoran dan sebagainya kerap kali mengalami krisis di dalam pengurusan kewangan mereka. Apabila kita menerima wang tunai setiap hari, dorongan untuk menggunakan wang perniagaan sebagai wang peribadi akan menjadi sukar dikawal. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kesemua wang yang keluar ini tidak direkodkan ke dalam akaun.

3> PERNIAGAAN MILIK PERIBADI
Sekiranya perniagaan yang anda jalankan adalah milik peribadi seratus peratus, mungkin masalah anda tidak seserius masalah mereka yang menjalankan perniagaan secara perkongsian. Ini kerana, jika berlaku ketidakseimbangan di dalam akaun tidak ada sesiapa yang kan mempertikaikannya atau menyoal ke mana wang itu pergi? Tetapi keburukannya anda mungkin lebih bersikap boros dan tidak berdisiplin.

4> PRINSIP YANG SALAH
Memiliki prinsip perniagaan dan pengurusan wang yang salah satu menjadi lumrah bagi kebanyakan ahli perniagaan. Penyelewengan penggunaan wang berlaku kerana ada ahli perniagaan berpegang kepada prisip berikut:
a) Yakin apa yang dilakukannya itu tidak membahayakan perniagaannya.
Yakin selepas kali pertama dia melakukannya, dia tidak akan melakukannya lagi.
c) Yakin dalam tempoh yang tidak lama, anda akan dapat menggantikan semua wang syarikat yang telah terpakai. Bayaran semula dengan wang gaji atau elaun yang diterima.
d) Yakin wang yang digunakan itu belum termakan atau wang modal.
e) Yakin kebanyakan ahli perniagaan lain juga melakukan apa yang anda lakukan.
f) Yakin pekerja anda tidak memandang perbuatan anda itu dengan pandangan negatif kerana anda adalah pemilik perniagaan tersebut.

5> TANDATANGAN CEK
Perlu diingat di dalam perniagaan jika anda menjalankan secara perkongsian, pastikan semua pemilik perlu menandatangani sebarang cek yang keluar. Jika perkongsian dibuat bersama tiga orang, tandatangan mungkin boleh dipilih mana-mana dua orang.

6> BUKU CEK ADA BERSAMA
Ramai ahli perniagaan yang sentiasa membawa bersama buku cek ke mana sahaja mereka pergi. Perbuatan ini sangat bahaya. Walaupun ada kebaikannya terutamanya di dalam urusan perniagaan yang dibuat serta merta, namun keburukannya adalah lebih besar. Kebarangkalian anda manandatangani cek adalah lebih tinggiwalaupun untuk urusan perniagaan atau peribadi yang tidak begitu penting.

7> KAD KREDIT
Masalah kad kredit ini tidak dialami oleh peniaga kecil kerana mereka tidak menggunakan kad kredit. Ini banyak berlaku di kalangan mereka yang sudah menggunakan kad kredit sejak masih makan gajidan kemudian berhenti kerja bagi memulakan perniagaan sendiri. Penggunaan kad kredit mestilah dilakukan dengan penuh berhemah dan berdisiplin. Walaupun kad kredit yang anda bawa adalah kad kredit persendirian, namun percayalah, akhirnya untuk membayar hutang kad kredit berkenaan anda akan menggunakan wang syarikat.

8> WANG ADA DALAM LACI
Apabila wang tunai ada di depan mata, anda lebih terdorong menggunakannya untuk urusan mendadak. Sebagai contoh, jika anda menjalankan perniagaan kedai makan seperti restoran ataupun kedai runcit, anda pastinya menyimpan wang di dalam laci. Apabila anak anda, isteri atau anda sendiri ingin membeli makanan atau sekadar membeli minuman, pastinya anda akan terdorong untuk mengeluarkan wang yang ada di dalam laci berkenaan. Pengeluaran begini, sangat mudah berlaku kerana ia sangat mudah dan tidak anda sedari kerana ia dalam jumlah sedikit demi sedikit.

9> TINGKAH LAKU ANAK ISTERI
Mengawal ahli keluarga daripada terlibat dan menggunakan wang syarikat sangat sukar terutamanya jika perniagaaan anda jenis perniagaan terbuka. Bila-bila masa sahaja mungkin anak anda atau isteri anda akan dapat membuka laci berkenaan dan mengambil wang tersebut untuk kegunaan peribadi mereka dengan alasan meminta anda membayarnya semula kemudian hari.

10> ARAHAN ANAK ISTERI
Seperti yang dinyatakan, bagi perniagaan yang besar, mungkin perbelanjaan untuk hiburan (entertainment) tidak dapat anda kawal. Terutamanya jika pasangan anda terlibat sama.

11> MENYALAHGUNAKAN ISTILAH CUKAI
Ahli perniagaan biasanya mempunyai banyak cara untuk lari daripada bayar cukai pendapatan yang tinggi. Sebagai contoh, mereka mengambil gaji bulanan yang kecil tetapi semua perbelanjaan peribadinya dimasukkan ke dalam perbelanjaan syarikat. Sebagai contoh, anda mengambil gaji RM3 ribu sebulan, tetapi bil api, air dan telefon rumah dibayar oleh syarikat.

12> MENOLONG KAUM KELUARGA, JIRAN DAN SAHABAT BAIK
Menolong orang di dalam kesusahan memang perbuatan yang baik. Sesekali anda didatangi oleh anggota keluarga atau sahabat baik yang mahu meminjam wang, lazimnya dalam jumlah lebih daripada RM1 ribu. Bagi menjaga maruah anda dan hubungan persaudaraan yang sedia ada, mahu atau tidak anda akhirnya menggunakan juga wang syarikat unytuk diberikan kepada mereka sebagai pinjaman dan seperti selalu, hutang begini ada kalanya sangat liat dibayar balik. Akhirnya akan menjadi hutang lapuk.

Kesimpulannya, dalam apa jua perkara, disiplin sangat penting. Walaupun anda mempunyai wang yang banyak dan perniagaan anda sangat maju namun jika pengurusan kewangan anda tidak diurus dengan penuh teliti dan disiplin yang kuat, tidak mustahil anda juga akan menjadi mangsa kepada ketidakcekapan pengurusan kewangan yang akhirnya akan memusnahkan empayar perniagaan yang dibina

Comments

Popular posts from this blog

10 TABIAT BIJAK MENABUNG

Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini. #1: Berhenti merokok “Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.”
--Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28 Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!
#2: Bawa bekalan ke tempat kerja “Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”
--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36 Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!
#3: Cuci kereta sendiri “Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta…

MENGAPA ANDA PERLUKAN KHIDMAT SEORANG AKAUNTAN?

Satu aspek di dalam menjalankan perniagaan kecil yang tidak ramai memberi perhatian adalah cara mereka berurusan dengan individu profesional seperti bank, peguam, akauntan dan sebagainya. Kebanyakan usahawan tidak memikirkan perkara ini dan tidak melihat apa yang individu professional ini boleh lakukan untuk membantu mereka. Perkara utama yang perlu diingat ialah anda perlu hubungan peribadi dengan individu profesional ini kerana keupayaan mereka secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi kejayaan perniagaan anda. Matlamat anda adalah untuk membangunkan perniagaan secara jangka panjang. Jika anda berbuat demikian, apabila anda mengalami masalah, mereka akan membantu anda dengan khidmat profesional mereka.

Mereka boleh membantu anda membuat keputusan tentang jenis entiti dan struktur pemilikan perniagaaan apa yang perlu anda mulakan ; akauntan  dan peguam akan menasihati  anda mengenai perkara ini.

Akauntan akan membantu anda dari segi sistem perakaunan syarikat anda supaya…