Skip to main content

Posts

Showing posts from 2006

DILEMA USAHAWAN BUMIPUTERA!!

RENUNGKAN SEJENAK!

* Adakah anda bebas dari buruan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?

* Adakah syarikat anda mempunyai tunai yang cukup untuk menampung overhead jika syarikat anda tidak mampu beroperasi selama tiga bulan??

* Adakah anak atau orang terdekat anda tahu sejarah hutang syarikat anda jika apa-apa berlaku pada diri anda hari ini?

* Adakah anda sanggup membayar denda berlipat kali ganda kerana tidak menghantar laporan kewangan kepada SSM (ROC)!

* Adakah anda mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk mengaji seorang akauntan untuk menjaga akaun syarikat anda??

* Anda mudah mendapatkan pinjaman dari bank atau institusi kewangan yang lain?


MENGAPA ANDA PERLUKAN KHIDMAT SEORANG AKAUNTAN?

Satu aspek di dalam menjalankan perniagaan kecil yang tidak ramai memberi perhatian adalah cara mereka berurusan dengan individu profesional seperti bank, peguam, akauntan dan sebagainya. Kebanyakan usahawan tidak memikirkan perkara ini dan tidak melihat apa yang individu professional ini boleh lakukan untuk membantu mereka. Perkara utama yang perlu diingat ialah anda perlu hubungan peribadi dengan individu profesional ini kerana keupayaan mereka secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi kejayaan perniagaan anda. Matlamat anda adalah untuk membangunkan perniagaan secara jangka panjang. Jika anda berbuat demikian, apabila anda mengalami masalah, mereka akan membantu anda dengan khidmat profesional mereka.

Mereka boleh membantu anda membuat keputusan tentang jenis entiti dan struktur pemilikan perniagaaan apa yang perlu anda mulakan ; akauntan  dan peguam akan menasihati  anda mengenai perkara ini.

Akauntan akan membantu anda dari segi sistem perakaunan syarikat anda supaya…

10 KESILAPAN UTAMA DALAM PERNIAGAAN KECIL

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..
1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

RAMAI KELIRU ISU TUNAI

Berita Harian - Nota Niaga, 20 Mar 2006


Kebelakangan ini kita sering mendengar keluhan usahawan dan peniaga bahawa mengurus perniagaan menjadi semakin rumit. Antara masalah besar perniagaan ialah kenaikan kos operasi, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini. Dalam bidang tertentu, ada perniagaan terutama berkaitan elektronik atau telekomunikasi menghadapi masalah persaingan apabila pesaing mengeluarkan produk lebih menarik atau lebih murah.